PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN SISTEM POL UNTUK SEMUA KENDERAAN DAN JENTERA

Mohon perhatian bahawa penggunaan Sistem POL adalah diwajibkan kepada Jabatan/ Kementerian/ Pejabat Daerah yang mengambil POL di Stesen Pam Minyak JKR Daerah PAPAR, TAMBUNAN dan TENOM berkuatkuasa mulai 12 April 2017. 

Bagi tujuan pendaftaran pengguna, setiap Jabatan/ Kementerian/ Pejabat Daerah perlu mengemukakan maklumat lengkap pengguna iaitu nama, no. kad pengenalan, emel rasmi dan jawatan/gred melalui emel kepada Nurhanizan.Bakrin [at] sabah.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk PEKELILING JBNS BIL.3/2017 (para 3.1, 3.2, 3.3, 3.4 dan para 5) - SISTEM POL MESTI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA KENDERAAN DAN JENTERA YANG MENGAMBIL MINYAK DAN PELINCIR DI STESEN PAM MINYAK JKR DAERAH PAPAR, TAMBUNAN DAN TENOM MULAI 12 APRIL 2017 bertarikh 13 Mac 2017 yang boleh diakses pada url berikut: 
 
Laman Web Kerajaan Negeri Sabah http://www.sabah.gov.my/ecircular/default.aspx  
Laman Web Rasmi Jabatan Bendahari Negeri Sabah http://www.sabah.gov.my/jbn 
 
Kerjasama tuan/ puan dalam perkara ini amatlah diharapkan.

Tambah komen baharu