Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pemakluman Perkhidmatan Kereta Api Semasa Pelaksanaan PKPB

Dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan kereta api bagi laluan Kota Kinabalu – Beaufort DIHENTIKAN SEMENTARA selaras dengan pengumuman perlaksanaan PKPB di daerah Kota Kinabalu dan Putatan yang bermula pada 7 Oktober 2020.

Walau bagaimanapun, bagi sektor Beaufort–Halogilat dan Tenom–Rayoh, perkhidmatan kereta api masih beroperasi untuk membolehkan penduduk sekitar di kawasan tersebut keluar ke pekan bagi urusan keperluan seharian.

Perkhidmatan kereta api akan berulang alik bagi sektor yang disebutkan dan masa bertolak adalah seperti berikut: 
1.   Beaufort ke Halogilat akan bertolak pada pukul 4.50 pagi dan 1.30 petang
2.   Tenom ke Rayoh akan bertolak pada pukul 7.30 pagi dan 3.00 petang.

Info semasa boleh didapati melalui 
FB https://www.facebook.com/SabahStateRailwayDepartment ataupun 
Telegram https://t.me/joinchat/UDnr10rO5bT0E_sBZ3wfXg.

Sekian dan terima kasih.

JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH