Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pemakluman Berkenaan Tadbir Urus Unit Status Bumiputera

Dimaklumkan bahawa, penyerahan tadbir urus Unit Status Bumiputera ke Kementerian Undang-undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri yang berkuatkuasa 1 Mac 2019. Sehubungan dengan itu segala urusan yang melibatkan Permohonan Pendaftaran dan Pengiktirafan Status Perniagaan Anak Negeri Sabah hendaklah dirujuk kepada Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.  

Walau bagaimanapun pejabat Unit Status Bumiputera masih beroperasi di Aras Bawah Wisma Bandaraya Jalan Masjid Lama Kota Kinabalu. Untuk sementara waktu, Unit Status Bumiputera boleh dihubungi melalui talian telefon 088 288 332, 288 328 dan 288 318 atau sebarang pertanyaan di email kepada Salina.MuhamadNoor [at] sabah.gov.my / Sheila.Ipang [at] sabah.gov.my / Faujiah.Ahmad [at] sabah.gov.my dan Jasli.Tindi [at] sabah.gov.my .

Sekian & terima kasih.