Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pelaksanaan Program Hari Sukan Negara 2018 Di Peringkat Jabatan Agensi dan Badan Berkanun Negeri Sabah

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menganjurkan Hari Sukan Negara (HSN) tahun 2018 pada hari Sabtu Minggu kedua bulan Oktober bersamaan 13 oktober 2018. Sambutan Hari Sukan Negara ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara termasuk Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri.

Sehubungan dengan itu, kerjasama ketua-ketua Jabatan/ Agensi / Badan Berkanun Negeri adalah dipohon untuk melaksanakan aktiviti sukan/riadah peringkat Jabatan/Agensi / Badan Berkanun Negeri pada hari tersebut sebagai tanda sokongan kepada pelaksanaan Hari Sukan Negara bagi tahun 2018.  Mohon Yang Berbahagia Datuk/Tuan/Puan dapat mendaftarkan aktiviti sukan/riadah yang dilaksanakan oleh Jabatan/ Agensi / Badan Berkanun Negeri sempena Hari Sukan Negari di borang sepertimana dilampiran atau di Portal http://www.harisukannegara.my/

Sila klik sini untuk maklumat lanjut:
Borang Pendaftaran
Surat Pekeliling
Iklan

Sekian, terima kasih.
 
PENTADBIR EMEL KERAJAAN
Emel: mailadmin [at] sabah.gov.my
eGov: http://www.sabah.gov.my