Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

PELAKSANAAN DASAR PEMISAH BAGI PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN PENGEMASKINIAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) 2018

Tuan/Puan,

 

PELAKSANAAN DASAR PEMISAH BAGI PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH

DAN PENGEMASKINIAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) 2018

 

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

 

  1. Selaras dengan pelaksanaan Dasar Pemisah melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.2/2016, semua pegawai awam di Kementerian/Jabatan/Pejabat Daerah (tidak termasuk Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan) hendaklah memastikan markah penilaian prestasi tahun 2018 telah dilengkapkan, dinilai dan dikemaskini melalui Sistem Penilaian Prestasi atau dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri secara bertulis (bagi penilaian secara manual/menggunakan borang) selewat-selewatnya 12 April 2019 (Jumaat).

 

  1. Pegawai berprestasi rendah’ didefinisikan sebagai:

 

3.1 Markah diperoleh daripada LNPT 2018 kurang daripada 60%; atau

3.2 Penilaian prestasi tidak diisi atau tidak dikemaskini oleh pegawai.

 

  1. Bersama – sama ini disertakan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.2/2016 untuk rujukan. Perhatian dan tindakan segera tuan/puan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

UNIT PENGURUSAN PRESTASI

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

Tel: 088-260161 (ext:233)

Fax:  088-269254