Notis "downtime" di Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN)

Kepada: Semua Kakitangan Kerajaan

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab kerja-kerja Ujian Pemulihan Bencana Menyeluruh (Full-scale Disaster Recovery Drill [simulation exercise]) yang telah dijadualkan seperti di bawah.

PERKHIDMATAN YANG TERLIBAT

Semua sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN

TARIKH DAN MASA BERMULA
Jumaat 15 September 2017, 9.00 malam

TARIKH DAN MASA BERAKHIR
Sabtu 16 September 2017, 6.00 pagi

PENGGUNA TERLIBAT
Semua pengguna sistem-sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN.

Jika anda masih lagi mengalami masalah mencapai perkhidmatan yang dinyatakan secara berterusan selepas tempoh gendala (downtime) yang dinyatakan, sila hubungi PDKN melalui kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah.

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.

Sekian, dan harap maklum.

 

Mesej bagi pihak:
Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN)
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
Emel: pdkn.jpkn [at] sabah.gov.my
Tel: (088) 368818, 368820, 368828, 368822, 368823, 368911, 368826; 016-5843308
Faks: (088) 215116

Tambah komen baharu