Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Makluman Pin Pendaftaran PERCUMA untuk Permohonan Pascasiswazah mod Kerja Kursus (EMAS) bagi Penjawat Awam

UiTM Sabah menawarkan program Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran (EMAS) dalam mod pengajian Kerja Kursus. Program ini direka khas khusus untuk pegawai kerajaan (namun tidak terhad kepada pekerja swasta) yang terlibat dalam pentadbiran dan dasar. 

Permohonan secara atas talian bagi kemasukan Sesi September 2019 akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2019. Pin pendaftaran PERCUMA akan diberikan kepada calon-calon yang berminat untuk mendaftar. Maklumat mengenai program ini boleh didapati di pautan berikut:

1.    Buku Panduan Pascasiswazah; dan 
2.    Risalah Program 

Selain daripada program EMAS, UiTM Sabah juga menawarkan program lain seperti berikut:

1.    Sarjana Pentadbiran Perniagaan
2.    Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan
3.    Doktor Falsafah Mod Campuran (Kerja Kursus & Penyelidikan)

Permohonan ke program-program berkaitan adalah melalui pautan ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Ainun Mubin di talian 088-325163 atau Dr. Firdausi Suffian di talian 0128844883.

Terima kasih

Sekian
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SABAH BRANCH

File Upload: