Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Kejohanan Ragbi ke-7 Peringkat Kebangsaan 2018

Majlis Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Awam Sabah (MAKSAK) telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Kejohanan Ragbi ke-7  Kebangsaan 2018, mulai 17 hingga 19 Ogos 2018 di Padang A, Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah Negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta pasukan beruniform seperti PDRM, ATM dan Jabatan Penjara Malaysia.
 
Sehubungan dengan itu semua kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan dijemput untuk memeriahkan lagi kejohanan ini dengan datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada semua pasukan yang bertanding terutama pasukan The Warriors Negeri di bawah bayu.
 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
 
Setiausaha Kehormat 
MAKSAK sabah
H/P. 0138705367
Pejabat 088-225195