Jemputan untuk Mengundi Inisiatif Komuniti Pintar bagi Hadiah Projek Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2017

Dengan sukacitanya pihak MCMC ingin menarik perhatian YB/YBhg. Dato’/Tuan Haji/Tuan/Puan mengenai perkara di atas. 
 
Untuk makluman, bertitik tolak daripada kejayaan Malaysia meraih Champion WSIS 2016 bagi kategori C2: Infrastruktur Komunikasi dan Maklumat melalui inisiatif Komuniti Pintar Kemaman, pihak MCMC sekali lagi telah mencalonkan sebuah projek yang dijalankan di bawah inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud iaitu Security and Integrated Flood Network (SAIFON). Syukur Alhamdulillah, projek ini telah tercalon ke fasa pengundian bagi WSIS Prizes 2017. 
 
Di samping itu, terdapat 3 lagi projek di bawah inisiatif Komuniti Pintar lain yang turut tercalon ke fasa pengundian. Butiran bagi semua projek Komuniti Pintar yang tercalon ke fasa pengundian WSIS Prizes 2017 adalah seperti berikut:
 
i. Kategori 1: Smart Postman – Catalyst of Local Improvement
ii.Kategori 2: Security and Integrated Flood Network 
iii.Kategori 3: e-Magazine Development at Schools in Kemaman District, Terengganu, Malaysia
iv. Kategori 8: Address For All – Enabling e-Commerce Fulfilment to Everyone
 
Pihak MCMC ingin mengambil peluang ini untuk menjemput YB/YBhg. Dato’/Tuan Haji/Tuan/Puan serta semua pihak yang terlibat, agensi-agensi peneraju tempatan dan komuniti bagi mengundi satu projek bagi setiap 18 kategori yang dipertandingkan. Proses ini adalah untuk mengenal pasti lima (5) projek yang menerima undian tertinggi bagi setiap kategori untuk layak ke pusingan seterusnya.
 
Pihak MCMC juga ingin memohon kerjasama YB/YBhg. Dato’/Tuan Haji/Tuan/Puan bagi mempromosikan kepada komuniti melalui laman web atau media sosial YB/YBhg. Dato’/Tuan Haji/Tuan/Puan dan agensi-agensi agar komuniti Kemaman dapat turut sama mengundi.
 
Untuk maklumat lanjut dan garis panduan mengenai proses mengundi projek ini bolehlah merujuk kepada lampiran yang disertakan atau melalui pautan https://www.itu.int/net4/wsis/prizes/2017/
 
Tarikh akhir untuk melengkapkan undian adalah 30 April 2017. Pemenang WSIS Prizes 2017 akan dirai, diiktiraf dan dianugerahkan semasa Majlis Penganugerahan WSIS Prizes 2017 pada Forum WSIS 2017 yang akan diadakan pada 12 hingga 16 Jun 2017 di Geneva, Switzerland.
 
Perhatian dan kerjasama YB/YBhg. Dato’/Tuan Haji/Tuan/Puan amatlah diharapkan.

Tambah komen baharu