Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

IKLAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2020

Kerajaan Negeri Sabah ingin mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapanya hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my/ mulai 12 Mac 2020. Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 April 2020. Permohonan selepas tarikh tutup TIDAK akan dipertimbangkan.

Sila rujuk pada lampiran IKLAN BKNS 2020 dibawah untuk maklumat lanjut. 

 

Sekian, terima kasih.

b.p. KPSU Bahagian Biasiswa
Kementerian Pelajaran dan Inovasi