Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (JPPP) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh  : 19 Disember 2019
Tempat  : Ruang Legar, Tingkat Bawah, Wisma Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu
Masa    : 10.00 pagI hingga 4.00 petang

Program Ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dengan tujuan memberi peluang kepada pelanggan JPPP untuk berinteraksi secara langsung bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan. 
Oleh yang sedemikian, orang ramai adalah dijemput hadir ke program ini.