E-Form

Sejajar dengan usaha Kerajaan Sabah untuk mendorong persekitaran tanpa kertas (paperless environment), Kerajaan Elektronik Sabah telah memulakan inisiatif untuk mengedarkan borang-borang Kerajaan secara elektronik melalui rangkaian Sabah.Net. Pada masa ini terdapat lebih kurang 30,000 jenis borang yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dan sebahagian besar masyarakat umum. Kerajaan Sabah berharap dengan adanya perkhidmatan ini:

  • borang-borang berkenaan boleh didapati di mana sahaja anda berada. Anda tidak perlu risau atau tertanya-tanya di mana untuk mendapatkan borang yang tertentu.
  • borang-borang berkenaan boleh didapati pada bila-bila masa. Tiada lagi masalah borang tidak mencukupi, atau borang tidak dapat diperolehi kerana waktu pejabat telah tamat.

Terdapat tiga jenis borang yang boleh didapati di dalam laman web ini seperti:-

Semua dokumen yang boleh dimuat-turunkan disini adalah dalam format fail *.pdf (Adobe Portable Document). Anda perlu mempunyai aplikasi Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen-dokumen tersebut.

Nota: Anda juga boleh mendapatkan beberapa aplikasi yang diperlukan bagi melihat dan mencetak dokumen-dokumen yang terdapat di Laman Web Kerajaan Elektronik Sabah. Anda boleh memuat turun aplikasi yang diperlukan daripada Adobe Acrobat Reader.