Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

01/08/2019

Berikutan kejayaan Forum Pelabuhan Sabah pada 2017, Suria Capital dan Sabah Ports Sdn Bhd sekali lagi membawa pelabuhan dan logistik ke hadapan.

Forum Pelabuhan Sabah ke-2 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 1-2 Oktober 2019
Tempat: Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pertanyaan umum

Cik Rose Wong
Tel: 088 - 483390
Mobile: 016 - 2011703
E-mel: rose [at] spsb.com.my

26/07/2019

Sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah mempelawa pihak Y.Bhg. Datuk / tuan/ puan untuk mengemukakan pencalonan daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Y.Bhg. Datuk/ tuan/ puan untuk mengikuti Program Latihan Dalam Perkhidmatan. Butiran program ini adalah seperti berikut:- 

23/07/2019

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16

 

19/07/2019

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 21hb Julai 2019 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 21hb Julai 2019 (03:00 pagi)

18/07/2019

Sukacita dimaklumkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 2 Tahun 2019 akan diadakan pada 24 hingga 27 September 2019.

Sehubungan dengan itu, permohonan untuk menduduki peperiksaan berkenaan dibuka mulai 15 Julai 2019 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Ogos 2019

15/07/2019

Dimaklumkan bahawa Jabatan Muzium Negeri Sabah akan menganjurkan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Kali Ke XXIII 2019 seperti berikut:-

Tarikh: 15 Julai sehingga 20 Julai 2019 
Tempat: Muzium Negeri Sabah

Orang ramai dijemput hadir dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web:

11/07/2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Online bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Tahun (BKNS) 2019 akan dibuka bermula pada hari ini (11 Julai 2019). 

Sila klik disini untuk semakan.

Sekian.
Kementerian Pelajaran dan Inovasi

09/07/2019

Merujuk kepada perkara di atas, semua pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah dipelawa untuk menyertai tawaran berikut:

Perkara: Perkhidmatan Pengendalian Taska JHEWA bagi Anak Kakitangan JHEWA dan Kakitangan di Wisma Wanita  
Lokasi: Tingkat 1, Wisma Wanita, KM 3.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu

04/07/2019

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 07hb Julai 2019 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 07hb Julai 2019 (03:00 pagi)

26/06/2019

Salam 1 Budaya.

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan menganjurkan  Tugu Budaya Etnik Sabah

ke-10  "International Youth Folk Dance Festival 2019".

Tarikh: 8 Julai sehingga 14 Julai 2019
Tempat: Pusat Kebudayaan Sabah Penampang