Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

23/09/2019

Dukacita dimaklumkan talian telefon (operator) Jabatan Muzium Negeri Sabah sedang mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan pada masa ini. Talian yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

•    Pejabat Pengarah - Tel: 088254852, Fax: 088240230
•    Pejabat Timbalan Pengarah I - Tel/Fax: 088210530
•    Pejabat Timbalan Pengarah II - Tel: 088210836
•    Pejabat Penolong Pengarah - Tel: 088318476

Sekian, terima kasih.

20/09/2019

Sukacita dimaklumkan bahawah LPKPANS akan melaksanakan peperiksaan untuk Siri 2 2019 secara "online".
Sila rujuk kod-kod yang di "highlight" dalam warna biru seperti yang tertera dalam pautan ini. 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

18/09/2019

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

 

PEMBERITAHUAN

 

18/09/2019

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah bersama Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah akan menganjurkan “PERSIDANGAN DAN PAMERAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2019” yang bertemakan “WATERWAYS IN OUR COMMUNITIES”

Persidangan & Pameran ini akan berlansung seperti ketetapan dan butiran berikut:

13/09/2019

Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon di Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) sedang mengalami kerosakan pada talian 088 – 287777 dan tidak dapat digunakan pada masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Mesej bagi pihak:
Pegawai Sistem Maklumat
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB)

13/09/2019

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 15hb Sept 2019 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 15hb Sept 2019 (03:00 pagi)

12/09/2019

Kepada: Semua Kakitangan Kerajaan di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Malaysia anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri yang akan dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh : 13 September 2019, (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : ‘Heli Pad’ Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Pakaian : Sukan

 

Dimohon setiap jabatan di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah ini untuk menghantar tiga (3) orang kakitangan untuk menyertai program ini.

12/09/2019

Dukacita dimaklumkan, talian telefon di Pejabat Daerah Lahad Datu No.Tel:  089-881177 (Operator) sedang mengalami kerosakan.  Talian yang boleh dihubungi adalah seperti di bawah:-
 
•         Pegawai Daerah - Tel: 089-881518 , Faks:089-884518
•         Operator –Tel:  089 881662
•         Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) - Tel: 089-883050
•         Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) - Tel: 089-884480

06/09/2019

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 2 TAHUN 2019 MULAI 13 SEPTEMBER 2019 DAN 24 HINGGA 27 SEPTEMBER 2019

05/09/2019

Dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Wanita Negeri Sabah 2019 yang akan diadakan pada 23 Oktober 2019, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah serta Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah mempelawa pencalonan untuk anugerah - anugerah  seperti berikut;