Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

07/03/2019

Dimaklumkan bahawa, penyerahan tadbir urus Unit Status Bumiputera ke Kementerian Undang-undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri yang berkuatkuasa 1 Mac 2019. Sehubungan dengan itu segala urusan yang melibatkan Permohonan Pendaftaran dan Pengiktirafan Status Perniagaan Anak Negeri Sabah hendaklah dirujuk kepada Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.  

07/03/2019

Salam Sejahtera dari Balai Seni Lukis Sabah!
Sukacita Balai Seni Lukis Sabah, dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mengundang ke pameran berikut:-
PAMERAN SOLO - RON GALIMAM
TARIKH : 7 MAC HINGGA 7 MEI 2019
TEMPAT : GALERI YAMAN, BALAI SENI LUKIS SABAH
 
Disertakan risalah katalog maklumat pameran dan karya-karya hasil Ron Galimam. Untuk makluman, karya-karya yang dipamer adalah untuk dijual dan pihak Balai Seni Lukis Sabah menerima tempahan untuk karya-karya sepanjang pameran ini.

01/03/2019

Permohonan Kemudahan Penajaan Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA) 

28/02/2019

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 03hb Mar 2019 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 03hb Mar 2019 (03:00 pagi)

27/02/2019

Dimaklumkan bahawa talian telefon di Jabatan Kerja Raya, Tenom 087 – 735441 dan 087-735524 mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
 
Sila hubungi nombor telefon 087-735440 untuk sementara waktu.
 
Segala kesulitan yang timbul berhubung  perkara ini amat dikesali. 
 
Sekian, terima kasih.

21/02/2019

Dengan hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara tersebut di atas.
 
Bersama-sama ini dipanjangkan Surat Pekeliling mengenai Penubuhan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Negeri, Kementerian  dan Agensi Negeri Sabah, Rujukan JKM(S).100-4/62(18) yang bertarikh 19 Februari 2019 dan Terma Rujukan JAR Peringkat Negeri Sabah.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dirujuk kepada Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.  
 

13/02/2019

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 17hb Feb 2019 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 17hb Feb 2019 (03:00 pagi)

13/02/2019

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pekeliling daripada KEMENTERIAN PELAJARAN DAN INOVASI bertujuan untuk memantapkan penggunaan dan keselamatan akaun e-mel rasmi Kerajaan Negeri Sabah.

Sila rujuk pautan dibawah bagi maklumat lanjut mengenai pekeliling ini.

11/02/2019

Salam Sejahtera Tuan/Puan,
 

Dimaklumkan bahawa talian Sabah.Net (HOTLINE 088-234101 dan Pejabat 088-231101) mengalami kerosakkan.
 

Sila hubungi nombor telefon bimbit 016-8331200 untuk sementara waktu.
 

Segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini adalah amat dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

04/02/2019

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (PPANS) SIRI 1 TAHUN 2019

Sukacita, dimaklumkan perkara-perkara berikut:
1.    Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1  Tahun 2019  akan diadakan pada 23 hingga 26 April 2019.  Permohonan untuk menduduki peperiksaan siri ini  dibuka mulai 28 Januari 2019 (Isnin)  sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Mac 2019 (Jumaat);