Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

27/03/2020

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 29hb Mac 2020 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 29hb Mac 2020 (03:00 pagi)

27/03/2020

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020  bagi langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19, Urus Setia LPKPANS memaklumkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1/2020 bagi subjek berikut: 

(i)    SEMUA PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN SECARA ONLINE

27/03/2020

Selaras dengan arahan YB Setiausaha Kerajaan Negeri tentang Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 maka dimaklumkan bahawa penutupan premis Jabatan Bendahari Negeri adalah dengan ini dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

27/03/2020

Berikutan dengan pengumuman oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah pada 25 Mac 2020 berhubung dengan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah, salah satu daripada bantuan oleh kerajaan negeri sabah adalah berkenaan dengan pengurangan cukai tanah semasa sebanyak 30% bagi cukai tahun 2020. Jabatan ini sudah bersedia untuk melaksanakan pengurangan 30% mulai 27 Mac 2020.

23/03/2020

Salam Hormat,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Selaras dengan arahan Kerajaan Negeri Sabah mengenai Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan bermula daripada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (rujukan JKM 100-4/62 bertarikh 17 Mac 2020), dimaklumkan semua Stesen Minyak POL JKR Sabah adalah dihadkan masa operasi bermula 24 Mac 2020 (Selasa).

 

Masa Operasi: Jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang

 

20/03/2020

Pelanggan/pelawat yang dihormati, 

Mohon maaf, Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, sedang dalam proses penyelenggaraan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi nombor berikut:-

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
088-287400/287422/287428
NO. FAKS: 088-238418

PENGARAH
0128123299
YBHG. DR. PETER A. K. LEE

TIMBALAN PENGARAH (BHG. PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
0128642169
IR. HJ. SAMTO SULAH

19/03/2020

Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah diarah untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tanpa gagal bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).
 

18/03/2020

Salam hormat.

Selaras dengan arahan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengenai  Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan  Perintah Kawalan  Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan bermula  daripada  18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (rujukan JKM  100-4/62 bertarikh 17 Mac 2020), dimaklumkan bahawa pejabat Pusat Biodiversiti Sabah adalah ditutup buat sementara waktu. 

17/03/2020

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020 dan sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19, dukacita dimaklumkan bahawa Temuduga Terbuka Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) yang dijadualkan diadakan bermula 30 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 adalah dengan ini DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Terima Kasih.

Pengarah
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
17 Mac 2020

16/03/2020

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 15hb Mac 2020 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 15hb Mac 2020 (03:00 pagi)