Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

23/05/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan Program Bengkel Pengurusan Fail dan Rekod Kerajaan - Gred N17 hingga N22 mengikut tarikh-tarikh seperti dipaparkan di Sinopsis untuk tahun 2011. Sila klik pada pautan untuk Sinopsis dan Borang Permohonan bengkel ini.

23/05/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan Kursus Merapatkan Jurang Personaliti (Program Transformasi Kerajaan) bertempat di Bilik Kuliah INSAN, Tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

23/05/2011

Sila maklum bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan Kursus Pembangunan dan Pengurusan Laman Web pada 20-22 Jun 2011 di Kota Marudu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

16/05/2011

Sila dimaklumkan bahawa INSAN akan mengadakan Kursus Pembangunan Grafik dan Penyuntingan Foto pada 13-15 Jun 2011, di Makmal Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Cawangan Kota Marudu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

11/05/2011

Sila dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Pitas akan mengadakan Pesta Bengkoka & Kaamatan Pitas 2011 pada 13/05/2011 - 15/05/2011. Sila hubungi En. Md. Faizal di talian 013-555-9100 untuk pertanyaan mengenai pesta ini. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

09/05/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama SIRIM Sabah telah melancarkan Innospace Sabah pada 28 Mac 2011. Penubuhan Innospace ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan rakyat dan membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membangunkan masyarakat. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

05/05/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, INSAN akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Tatatertib Modul 1 untuk kumpulan kakitangan sokongan / professional yang terlibat dalam Pengurusan Sumber Manusia atau Pengurusan Tindakan Tatatertib. Bengkel tersebut akan diadakan dari 13 hingga 17 Jun 2011 di Kampus Pembangunan Kepimpinan INSAN, Keningau.

05/05/2011

Sila dimaklumkan bahawa Jabatan Muzium Sabah akan mangadakan program tersebut diatas di Kampung Warisan, Kompleks Muzium Sabah. Sila hubungi Encik Baslee Nurajim (Tel No: 088-253-199, emel: Baslee.Nurajim [at] sabah.gov.my) jika terdapat pertanyaan tentang acara tersebut. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

04/05/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia Airlines telah disenarai pendek dalam anugerah WTA 2011. Sehubungan dengan ini, kita perlu menggalakkan orang ramai untuk mengundi secara online. Undian rasmi sedang dijalankan di http://www.worldtravelawards.com/vote. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

28/04/2011

Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri yang Ke-13.