Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

12/01/2011

Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah merupakan penghargaan tahunan untuk mengiktiraf pengilang dan perkhidmatan berkaitan perkilangan yang beroperasi di Sabah dari segi kecemerlangan perniagaan dan pencapaian berkualiti mereka. Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut dan borang penyertaan.

10/01/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Program Galakan Membayar Cukai Kadaran Semasa 2011 dan Tunggakan Cukai Kadaran selama 3 bulan bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac 2011.

30/12/2010

Perdana Menteri mengisytiharkan 31 Disember 2010 sebagai cuti awam bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF.

28/12/2010

SWEPA dengan bangganya akan menganjurkan Persidangan Pengurusan Kesihatan dan Tekanan (Wellness & Stress Management Conference) pada 26 Februari 2011, bermula pada 7:00 pagi hingga 5:00 petang, bertempat di Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut serta borang pendaftaran persidangan.

01/12/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Ekspo Biodiversiti Kinabalu 2010 akan diadakan di Taman Kinabalu, Kundasan, Ranau pada 02-05 Disember 2010. Semua adalah dijemput hadir dan masuk adalah percuma ke Taman Kinabalu pada tarikh-tarikh berkenaan. Sila klik pada pautan untuk aturcara and program tersebut.

23/11/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa ICT Fiesta 2010 (Pameran PC) akan diadakan pada 26-28 November, di Kompleks Sukan Likas dari 10 pagi ke 9 malam. Pengangkutan Bas Percuma dari Terminal Bas Plaza Wawasan ke Kompleks Sukan Likas akan disetiakan. Acara ini adalah anjuran bersama SCS Sabah Computer Society dan Unit Kemajuan IT Negeri Sabah. Acara-acara Menarik:Game On dan Digital Hide And Seek.

12/11/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa acara "Baa...mari kita ke taman" akan diadakan pada 4hb.-5hb. Disember 2010 di Taman Pertanian Sabah, Tenom. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

11/11/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis sambutan Hari Wanita peringkat Negeri Sabah pada tahun ini akan diadakan pada 13 November 2010, bertempat di Dewan Tun Mustapha, Kudat. Sila klik di sini untuk iklan sambutan.

09/11/2010

Sila dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan akan mengadakan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2010 pada 18 - 21, November 2010. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

08/11/2010

Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) akan mengadakan Kursus Etiket Sosial, Imej Dan Penampilan Diri kepada semua pegawai Kerajaan Negeri Sabah. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.