Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

29/09/2011

Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam pada 01 dan 02 November 2011. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

29/09/2011

Sila dimaklumkan bahawa Pelan Strategik Pejabat SKN, Pelan Pengurusan Inovasi dan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SKN telah diterbitkan di laman web ini. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

28/09/2011

Sila dimaklumkan bahawa perkhidmatan telefon di Majlis Daerah Keningau belum lagi dipulihkan sepenuhnya. Berikut adalah nombor telefon dan faks sementara Majlis:
Pejabat Pegawai Eksekutif (087-302-007);
Pejabat Pentadbiran (087-302-006); dan
Faks (087-302-003).

28/09/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Sabah akan menganjurkan Pertandingan Ikan Betta (Ikan Pelaga / Fighting Fish) Tercantik Terbuka Kepada Orang Awam sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2011. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

27/09/2011

Dengan Segala hormatnya, dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Sabah akan mengadakan acara Hari Keluarga pada 15 Oktober 2011 (Sabtu). Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

27/09/2011

Sila ambil perhatian bahawa kerja-kerja pembinaan di tapak Projek Penyediaan Kemudahan Pelancongan Secara Berpakej dalam Hutan Simpan Trus Madi (FMU10), Tambunan telah bermula sejak 09 September 2011. Sehubungan dengan ini, laluan pendakian gunung Trus Madi melalui Kaingaran, Tambunan akan ditutup dan dijangka dibuka semula dalam tahun 2013 (tempoh jangka siap projek: 17 bulan).

27/09/2011

Sila dimaklumkan bahawa persidangan antarabangsa "Sabah Heart of Borneo (HoB)
Green Economy & Development: Engaging Business For Environment
" akan diadakan
di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu pada 15-16 November 2011. Sila href="http://www.sabah.gov.my/events/2011/htan/GreenEconomyFlyer.pdf">klik di
sini untuk maklumat lanjut.

26/09/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa semua calon yang telah mendaftar dan layak untuk
menduduki peperiksaan yang tersebut di atas boleh mencetak slip pengesahan menduduki peperiksaan mereka mulai sekarang dengan menyemak di URL: href="http://exam.sabah.gov.my/">http://exam.sabah.gov.my/

23/09/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Sabah akan menganjurkan Pertandingan Masakan Ikan Keli Terbuka Kepada Orang Awam sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2011 pada 08 Oktober 2011 di Tapak Tamu KPD, Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

23/09/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Sabah akan mengadakan Program Bengkel Tarian Kebudayaan 1Malaysia pada 20 Oktober 2011 dari 7:15 pagi hingga 5:00 petang di Dewan Puspa Seri Faridah, Wisma PUSPANITA, Jalan Murai, Tanjung Aru. Sila klik di sini untuk maklumat terperinci.