Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

11/02/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan yang tersebut di atas telah disediakan untuk kemudahan pelanggan. Pihak Pengurusan Jabatan Air Negeri Sabah mengalu-alukan warga perkhidmatan awam Negeri Sabah untuk menggunakan perkhidmatan ini yang boleh dicapai melalui http://www.sabah.gov.my/air dengan memilih perkhidmatan pelanggan. Sebarang aduan dan komen daripada Datuk/Tuan/Puan mengenai perkhidmatan ini boleh dikemukakan kepada jans.hq [at] sabah.gov.my.

10/02/2011

Kementerian Pembangunan Perindustrian akan menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Industri Cemerlang bagi tahun 2010/2011 yang terbuka kepada semua pengusaha dan pengilang dalam sektor perkilangan yang terdapat di Negeri Sabah. Justeru, tarikh penghantaran borang dilanjutkan sehingga pada 28 Februari 2011. Segala pertanyaan berhubung dengan perkara ini boleh menghubungi di talian 088-255055 untuk keterangan lanjut.

07/02/2011

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah sedang mencari pakar runding 'in-house' dari kalangan anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah untuk membantunya dalam proses mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

26/01/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Air, bahagian Kota Kinabalu, akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan dan Kempen Penjimatan Air pada 30/01/2011 dari 8:00am ke 1:00pm bertempat di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

26/01/2011

Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan telefon (088-527600) di pejabat Jabatan Tanah dan Ukur di Kota Kinabalu sedang mengalami kerosakan. Namun, pejabat ini boleh dihubungi melalui nombor-nombor telefon yang berikut: 088-413677 / 413626 / 413733.

20/01/2011

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat kerosakan di semua talian telefon dan faks di pejabat Dewan Undangan Negeri Sabah. Nombor telefon yang masih boleh dihubungi setakat ini ialah 088-440588, iaitu talian terus Encik Ag. Kassim Hj. Ag. Ismail, Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri.

19/01/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri dalam proses mengisi kekosongan Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Gred N17 di 2 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Sabah iaitu di Beaufort dan Kota Belud yang akan beroperasi pada Mei 2011. Jumlah kekosongan bagi setiap PAPN di Sabah adalah sebanyak 2 jawatan sahaja.

19/01/2011

Sabah Wetlands Conservation Society akan merayakan World Wetlands Day pada 12hb Februari 2011. Salah satu kegiatan ialah melukis banner sepanjang satu kilometer dengan tema untuk World Wetlands Day, iaitu "Rawa dan Hutan - Hutan untuk Air dan Wetlands". Aktiviti ini akan menjadi sebahagian daripada kegiatan penggalangan dana bagi pusat Sabah Wetlands Conservation Society. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk dapatkan risalah.

12/01/2011

Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah merupakan penghargaan tahunan untuk mengiktiraf pengilang dan perkhidmatan berkaitan perkilangan yang beroperasi di Sabah dari segi kecemerlangan perniagaan dan pencapaian berkualiti mereka. Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut dan borang penyertaan.

10/01/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Program Galakan Membayar Cukai Kadaran Semasa 2011 dan Tunggakan Cukai Kadaran selama 3 bulan bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac 2011.