Official Website Of The
Sabah State Government

Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1 2019

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (PPANS) SIRI 1 TAHUN 2019

Sukacita, dimaklumkan perkara-perkara berikut:
1.    Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1  Tahun 2019  akan diadakan pada 23 hingga 26 April 2019.  Permohonan untuk menduduki peperiksaan siri ini  dibuka mulai 28 Januari 2019 (Isnin)  sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Mac 2019 (Jumaat); 

2.    Permohonan boleh dibuat secara online di alamat URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp 

3.    Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan hanya boleh dicetak selepas Urus Setia Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri membuat  pemberitahuan kepada semua calon untuk Mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan tersebut. 

Takwim peperiksaan boleh didapati URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp
 
Sekian dan terima kasih.
  

Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.