Official Website Of The
Sabah State Government

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN 2019

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16

 

Adalah disiarkan untuk memaklumkan bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan yang mengisytiharkan 30 Julai 2019 sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Kerajaan Negeri Sabah juga telah memutuskan bahawa 30 Julai 2019 merupakan hari kelepasan am bagi seluruh negeri Sabah.

 

Keputusan ini telah diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah Jilid LXXIV bertarikh 4 Julai 2019, Khamis No. 173 bertajuk Hari Kelepasan Am Tambahan 2019.

 

Mesej bagi pihak:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Event Date: 
Tuesday, 30 July 2019